Kelantan sasar industri anggur jadi tarikan agro pelancongan

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan menyasarkan tanaman anggur sebagai salah satu cabang pertanian moden berpotensi besar untuk dikembangkan dalam bentuk agro pelancongan.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri, YB Dato’ Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, berkata usaha itu diyakini mampu membuka peluang ekonomi baharu selain memberi inspirasi kepada golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bernilai tinggi.

“Tanaman anggur bukan sahaja mempunyai pasaran segar yang luas, malah berpotensi dijadikan tarikan agro pelancongan. Lawatan ini diharap menjadi permulaan kepada kerjasama antarabangsa yang boleh dimanfaatkan oleh petani muda Kelantan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial rasminya, hari ini.

Beliau mengetuai delegasi lawatan kerja ke Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon, Korea Selatan, baru-baru ini yang turut disertai dua ikon petani muda Kelantan iaitu Taufik dari Po-Land GRAPE, Machang dan Wan Yusoff Abdul Rahman dari Kelantan Grape Vine Yard, Tumpat.

Delegasi tersebut turut melibatkan wakil daripada Jabatan Pertanian Kelantan, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB), Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan.

Ketibaan mereka disambut mesra oleh Datuk Bandar serta pihak pengurusan Ladang Anggur Organik Deok-Hyeon yang terkenal dengan penghasilan anggur organik berkualiti tinggi sejak lebih 30 tahun beroperasi. Ladang itu mampu mengeluarkan lebih 4,500 tangkai setiap musim dan memiliki pensijilan mesra alam di peringkat antarabangsa.

Dato’ Tuan Saripudin menegaskan kerajaan negeri komited memberi sokongan kepada petani muda melalui pendedahan teknologi, perkongsian kepakaran serta jaringan kerjasama global.

“Kita mahu industri anggur ini menjadi pemangkin pembangunan pertanian bernilai tinggi selain memperkukuh agenda agro pelancongan Kelantan,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Exco

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!