MAIK terima RM267 juta kutipan zakat, meningkat 15 peratus

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mencatatkan peningkatan kutipan zakat sebanyak 15 peratus pada tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan RM296,523,766.00 berbanding RM257,091,433.00 pada tahun sebelumnya.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, YB Mohd Asri bin Mat Daud, berkata segmen terbesar kutipan zakat adalah daripada zakat pendapatan yang menyumbang sebanyak RM185,342,813.00, diikuti zakat perniagaan berjumlah RM54,104,618.00, zakat wang simpanan RM24,379,010.00 dan zakat harta RM13,513,644.00.


Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Ahli Majlis MAIK di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam, yang turut menyaksikan majlis penyerahan zakat korporat daripada tiga syarikat utama.


Syarikat Takaful Malaysia menyerahkan zakat berjumlah RM1,931,000.00, diikuti FGV Holdings Berhad sebanyak RM643,750.00 manakala Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) menyumbang sebanyak RM250,000.00.


Serahan zakat tersebut telah diterima oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan yang juga Yang Dipertua MAIK. #KelantanDaily

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!