Festival Orkid Antarabangsa julung kali di Kelantan

KOTA BHARU – Festival Orkid Antarabangsa akan dianjurkan buat julung kalinya di Kelantan bertempat di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa di sini dari 17 hingga 26 Okt ini.


Pengerusi festival Norlim Mohamad Nor berkata kira-kira 80,000 pengunjung dijangka hadir ke acara itu yang bakal menarik penyertaan 30 persatuan orkid dari dalam dan luar negara termasuk Thailand, Indonesia, Singapura dan Brunei.


Beliau berkata pelbagai spesies orkid yang jarang dilihat masyarakat tempatan akan dipamerkan dengan antara tarikan utama ialah orkid hitam dari Papua New Guinea yang dibawa khas untuk tujuan pameran.
“Festival dengan kerjasama kerajaan negeri ini bukan sekadar pameran bunga tetapi juga menjadi platform untuk menghubungkan pemain industri tempatan dengan komuniti antarabangsa yang akan turut mempamer serta menjual orkid unik mereka.


“Objektif utama festival ini adalah untuk merancakkan ekonomi negeri, khususnya peniaga kecil, sektor pelancongan dan pengusaha hotel melalui kedatangan peserta serta pengunjung antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.


Norlim berkata walaupun pengunjung boleh membeli pelbagai spesies orkid sepanjang festival, namun beberapa bunga yang dibawa khas dari luar negara hanya akan dipamerkan untuk tujuan pendidikan dan pengenalan kepada masyarakat.


“Pemilihan Taman Orkid Tengku Anis sebagai lokasi pula adalah simbolik, bagi menghidupkan semula kawasan yang pernah terkenal dengan pameran bunga suatu ketika dahulu,” katanya dan memaklumkan pelbagai aktiviti turut dianjurkan sempena festival itu termasuk pertandingan landskap orkid, jualan produk hortikultur serta sesi perkongsian ilmu bersama pakar. –Bernama #KelantanDaily

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!