Sambutan ambang Merdeka di Kota Bharu dijangka lebih meriah

KOTA BHARU – Sambutan Ambang Kemerdekaan 2025 di Kota Bharu pada 30 Ogos ini dijangka lebih meriah dengan pelbagai pengisian menarik yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, bermula jam 9 malam.


Antara acara yang menanti pengunjung ialah Malam Munajat Merdeka, Simfoni Pergendengan, persembahan Akrobatik Army Red Warrior, demonstrasi seni mempertahankan diri serta persembahan lagu-lagu patriotik.


Kemuncak sambutan akan diserikan dengan pertunjukan bunga api khas tepat jam 12 tengah malam, menandakan detik 31 Ogos yang penuh bermakna.


Bagi orang ramai yang hadir lewat atau tidak sempat masuk ke stadium, mereka masih berpeluang menyaksikan percikan bunga api dari beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu seperti Dataran Mara, Dataran Muhammadi, Dataran Rehal dan Pasar Karat.


Sambutan kali ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung memandangkan pengisian program yang lebih pelbagai serta suasana meriah di seluruh bandar Kota Bharu. –#KelantanDaily

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!