Kanak-kanak 7 tahun kritikal dipukul bapa saudara dengan tukul

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas dipercayai dipukul menggunakan tukul oleh bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Kedai Jelawat, di sini, petang Khamis.

Kejadian kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan berhubung insiden tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan tukul di rumahnya sendiri. Mangsa adalah anak saudara kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Bachok untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa sangat kritikal,” tambah beliau.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: Lelaki disyaki pukul anak saudara dengan tukul ditemui maut tergantung di Pantai Melawi

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan