Kelantan Red Warrior FC (KRW) dua kali bangkit daripada ketinggalan sebelum tewas 2-3 kepada Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya.
Penang FC membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Jarvey Gayoso. KRW kemudian menyamakan kedudukan melalui Mazwan Che Mat pada penghujung babak pertama untuk membawa kedua-dua pasukan ke bilik persalinan dengan keputusan 1-1.
Memasuki separuh masa kedua, Penang FC kembali di depan apabila Enzo menjaringkan gol pada minit ke-52.
Sepuluh minit kemudian, Emmanuel Mbarga mengikat kedudukan 2-2 menerusi sepakan penjuru yang terus menerjah jaring Penang FC.
Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Stefano Brundo menjaringkan gol kemenangan Penang FC pada masa kecederaan. Keputusan itu menyaksikan KRW mencatat kekalahan kelima dalam saingan Liga Super.
