Seorang buruh sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencederakan bapa kandungnya sehingga parah menggunakan buah cempedak.
Menurut laporan Utusan, tertuduh, Muhamad Zarid Danial Rahim, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkipli Abllah.
Lelaki itu mengangguk faham sebelum mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Muhamad Zarid Danial didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya, Rahim Mamat, 58, menggunakan buah cempedak.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai, kira-kira pukul 11 pagi pada 13 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan hukuman.
Sumber: Utusan
