Dibeli RM3 sekilo, jangan buang minyak masak yang sudah dipakai

KOTA BHARU – Ramai yang tidak tahu bahawa minyak masak terpakai sebenarnya mempunyai nilai dan boleh dijual semula dengan harga RM3 sekilogram, bukannya dibuang begitu sahaja.

Menurut Wan Noor Laili, penyelia kepada Lubuk Rezeki Serasi Enterprise (LRSE) yang beroperasi di Kampung Badak Mati, Jalan Bukit Marak, Kota Bharu, minyak masak terpakai yang dikumpul akan diproses menjadi biodiesel, iaitu bahan api alternatif yang lebih mesra alam.

“Ramai orang ingat minyak masak terpakai ni dikitar semula untuk makan, padahal bukan. Ia sebenarnya bahan asas penting untuk buat biodiesel,” katanya.

LRSE membeli minyak masak terpakai daripada pelbagai golongan pelanggan, sama ada suri rumah mahupun pemilik kedai makan. Ada suri rumah yang setiap bulan mampu menjual sehingga 20 hingga 30 kilogram, manakala bagi kedai makan pula, jumlahnya boleh mencecah ratusan kilogram sekali kutipan.

“Daripada dibuang ke longkang dan mencemarkan alam sekitar, lebih baik kita kumpul. Selain dapat bantu jaga kebersihan, ia juga boleh jadi pendapatan sampingan,” jelas Wan Noor Laili.

LRSE menawarkan kemudahan kutipan dari rumah ke rumah dan kedai ke kedai di seluruh Kelantan (kecuali Gua Musang, Jeli, dan Kuala Krai) serta kawasan sekitar Besut seperti Jerteh dan Bukit Keluang.

Pelanggan juga boleh membawa sendiri minyak masak terpakai ke kilang dengan menghubungi pihak syarikat terlebih dahulu. Minimum kutipan ialah 20 kilogram, tetapi jika lokasi berdekatan dengan laluan lori syarikat, kutipan serendah 5 kilogram juga boleh dilakukan.

Wan Noor Laili menambah, inisiatif ini bukan sahaja membantu orang ramai menjana wang sampingan, malah turut menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

“Kalau minyak masak dibuang ke dalam sinki atau tanah, ia boleh mencemarkan sungai dan merosakkan sistem saliran. Dengan cara ini, kita bukan saja dapat duit, tapi juga bantu hasilkan tenaga bersih melalui biodiesel,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk menjual minyak masak terpakai, boleh terus WhatsApp LRSE di 011-11784356 untuk maklumat lanjut atau atur kutipan. Atau boleh terus tekan butang dibawah:

WhatsApp

#KelantanDaily

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!