MetMalaysia uji siren amaran awal Tsunami di Tumpat dan Miri esok

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi berasingan esok.

Dalam satu kenyataan di platform X, MetMalaysia memaklumkan lokasi terbabit ialah Miri Central Park, Sarawak dari jam 9 hingga 11 pagi, serta Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurut agensi itu, ujian berkenaan adalah sebahagian daripada proses Site Acceptance Test (SAT) bagi menguji sistem siren tsunami baharu yang dipasang di lokasi terpilih.

“Orang ramai khususnya penduduk sekitar dinasihatkan supaya tidak panik dengan bunyi siren kerana ia hanyalah ujian,” jelas MetMalaysia.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, MetMalaysia

TERKINI

“Bersyukur Masih Hidup…” Penjaga Lembu Ditembak Di Pipi Tak Serik Terus Bekerja
|
“Bersyukur masih hidup.”Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran…
Identiti Gadis Ditikam 61 Kali Diketahui, Pelajar Kolej Di Kota Bharu Dari Perak
|
Identiti gadis yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman…
Wanita Ditemui Maut Di Ketereh Pakai Rantai Leher Ukiran Nama “SYAA”
|
Kes penemuan mayat seorang wanita di Kampung Simah, Ketereh,…
Saksi Nampak Kecederaan Di Muka Dan Leher, Penemuan Mayat Wanita Di Ketereh Diklasifikasikan Kes Bunuh
|
Penemuan mayat seorang wanita di jalan Kampung Kubang Kiat,…
Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
Jawatan Kosong Kelantan