[VIDEO] Gempa Bumi Magnitud 6.8 Gegar Sabah Awal Pagi Hari Ini

Penduduk di beberapa daerah sekitar Sabah dikejutkan dengan gegaran gempa bumi kuat awal pagi Isnin.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi berukuran magnitud 6.8 itu berlaku pada jam 12.57 pagi.

Pusat gempa dikesan pada koordinat 7.0 darjah Utara dan 116.4 darjah Timur dengan kedalaman 678 kilometer (km), kira-kira 49 km barat dari Kudat.

Gegaran dilaporkan dirasai di beberapa kawasan termasuk sekitar Kota Kinabalu, namun setakat ini tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa.

Sementara itu, penduduk sekitar Kota Kinabalu turut berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial selepas merasai gegaran selama beberapa saat.

Tular di Facebook satu video memaparkan situasi gegaran yang dirasai seorang penduduk ketika sedang berehat di rumah. Ruangan komen di Facebook MetMalaysia juga dipenuhi perkongsian warga maya mengenai pengalaman mereka.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu melakukan rondaan di sekitar pusat bandar.

Rondaan dijalankan di kawasan tepi laut berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) susulan kejadian berkenaan.


Pemeriksaan turut dilakukan di daerah lain seperti Putatan dan Kudat bagi memastikan keadaan berada dalam keadaan selamat.

@utusanmelayuplusofficial

Replying to @cahayadiatascahayaaa Harap² semuanya okay di sana. Gempa bumi kuat telah berlaku di Perairan Kota Kinabalu, Sabah pada jam 12:57 pagi, 23 Februari 2026 Koordinat : 7.0° Utara dan 116.4° Timur Magnitud : 6.8 Jarak : 49km Barat dari Kudat, Sabah Kedalaman : 678 km Gegaran dirasai di Pantai Barat Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak, Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini. #gempabumi #gempasabah #fyp #trendingnewsmalaysia

♬ original sound - Utusan Melayu Plus - Utusan Melayu Plus



Sumber: MetMalaysia, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!