153 Jeti pangkalan haram di Sungai Golok dirobohkan mulai Oktober

KOTA BHARU – Sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok, bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang, akan dirobohkan bermula pertengahan Oktober ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat, berkata perobohan itu membabitkan jeti haram yang dikenal pasti didirikan di atas tanah kerajaan, manakala struktur yang berada di atas tanah persendirian masih diteliti pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut bidang kuasa masing-masing.

Notis Perobohan Sudah Dikeluarkan

Beliau menjelaskan kerja pemasangan notis peringatan sedang dilaksanakan bagi memaklumkan kawasan berkenaan akan dirobohkan.

“Setakat ini tiada bantahan diterima daripada penduduk memandangkan pengisytiharan penutupan pangkalan haram dibuat sejak Disember 2024.

“Pada masa sama, masyarakat di kawasan sempadan kini lebih faham tentang apa yang dibenarkan dan tidak, selain tidak mahu sebarang jenayah rentas sempadan berlaku, khususnya penyeludupan dadah dan senjata api,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Operasi Bersama Agensi Keselamatan

Mohd. Yusoff berkata, operasi perobohan akan diketuai Pejabat Tanah dan Jajahan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk pasukan keselamatan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa dua daripada 12 Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang baharu, iaitu Pak Antah dan Pak Teh Kana, sudah diserahkan secara rasmi kepada Polis Diraja Malaysia pada 7 September lalu.

“Pos baharu ini selesa dan lengkap dengan kemudahan seperti kamera litar tertutup (CCTV) dan pagar keselamatan, manakala baki 10 pos lagi akan diserahkan secara berperingkat.

“Kesemua pos ini menggantikan pos kawalan lama yang uzur, sekali gus memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan,” katanya.

Sempadan Kritikal Demi Kedaulatan Negara

Menurut beliau, isu sempadan bukan sahaja membabitkan aspek keselamatan, malah turut menyentuh soal kedaulatan negara memandangkan Kelantan merupakan antara pintu masuk utama yang berdepan risiko aktiviti jenayah rentas sempadan.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro, Utusan

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!