Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM

Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dinaikkan dalam masa terdekat sebagai usaha membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Menurut laporan Berita RTM, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dipertimbangkan selepas kerajaan mengambil kira maklum balas serta rintihan rakyat walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan sebelum ini.

“Walaupun kita beri Sumbangan Tunai Rahmah (STR), SARA, Datuk Seri Aminuddin bagi bonus tinggi kepada penjawat awam, adakah selesai masalah? Belum.

“Kerana itu, kita dengar rintihan rakyat dan insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan naikkan lagi SARA untuk rakyat semua,” katanya ketika berucap pada Jelajah Kekal HARAPAN Negeri Sembilan di Senawang.

Akan Dinilai Mengikut Keadaan Ekonomi

Anwar berkata sebelum ini kerajaan akan terus memperhalusi kemungkinan meningkatkan kadar bantuan kepada rakyat termasuk STR dan SARA sekiranya keadaan ekonomi negara terus mengizinkan.

Menurut beliau, perkara itu telah dibincangkan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican dan akan dipertimbangkan dalam pembentangan Belanjawan 2027.

Sumber: Berita RTM

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!