KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand

Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket bersubsidi ke Thailand berjaya digagalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menerusi dua operasi berasingan di Pasir Mas dan Tumpat, dengan nilai keseluruhan rampasan serta sitaan melebihi RM138,000.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, operasi pertama yang dijalankan semalam berjaya merampas 2.8 tan metrik minyak masak peket bersubsidi bernilai kira-kira RM43,000 yang dipercayai cuba diseludup menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.

Operasi bersepadu menerusi Ops Tiris 4.0 yang melibatkan Unit Risikan dan Tindakan Khas KPDN Kelantan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun, manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Menurut Aswadi, hasil risikan mendapati kedua-dua Perodua Alza berwarna merah dan biru itu dipercayai digunakan sindiket untuk mengangkut minyak masak bersubsidi sebelum diseludup ke negara jiran.

Pemeriksaan ke atas Alza berwarna merah menemukan 1,445 kilogram minyak masak peket bersubsidi pelbagai jenama, manakala pemeriksaan terhadap Alza biru yang ditinggalkan suspek menemukan 80 kotak mengandungi 1,360 kilogram minyak masak bersubsidi.

Beliau berkata, pemandu Alza merah gagal mengemukakan lesen atau dokumen sah berkaitan pemilikan serta pengangkutan barang kawalan, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan.

Dalam operasi berasingan pada malam yang sama di Kampung Telaga Bata, Chabang Empat, Tumpat, KPDN Kelantan sekali lagi berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 17,680 kilogram minyak masak peket bersubsidi menggunakan sebuah lori kargo jenis Nissan UD.

Hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaan membawa 1,040 kotak minyak masak peket satu kilogram dengan jumlah keseluruhan 17,680 kilogram.

Seorang pemandu lori warga tempatan bersama seorang kelindan berusia lingkungan 40-an ditahan bagi membantu siasatan.

Siasatan awal mendapati pemandu lori mengaku diupah sebanyak RM500 untuk menghantar muatan berkenaan ke lokasi yang ditentukan individu lain.

Suspek turut memaklumkan bekalan minyak masak itu diambil dari luar Kelantan sebelum dibawa ke kawasan berhampiran pangkalan haram di Tumpat bagi tujuan penyeludupan.

Nilai rampasan minyak masak dalam operasi kedua dianggarkan RM44,200, manakala nilai keseluruhan sitaan termasuk lori berkenaan dianggarkan RM94,200.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki memiliki, mengangkut dan cuba menyeleweng barang kawalan bersubsidi tanpa kebenaran.

Sumber: Bernama

Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun ke Sungai Golok Ketika Lari daripada PGA
By KD | |
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Golok ketika…
Penyeludup Beras Dikhuatiri Lemas Selepas Terjun ke Sungai Golok
By KD | |
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan beras dikhuatiri…
Kastam Kelantan Rampas Rokok RM1.37 Juta dalam Ops Asap Cino
By KD | |
Taktik menyembunyikan rokok menggunakan guni putih berisi sabut kelapa terbongkar…
Baru Lima Hari Keluar Penjara, Tekong Rempuh Dua Anggota PGA Ketika Bawa Enam PATI
By KD | |
Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas dirempuh sebuah…
15 Kali Bawa Masuk PATI, Upah Sehingga RM6,000 Seorang
By KD | |
Seorang lelaki yang dipercayai bertindak sebagai tekong darat ditahan bersama…
Yamaha RXZ ‘Disumbat’ Dalam Kereta, Ditemukan di Semak Rantau Panjang
By KD | |
Sebuah motosikal Yamaha RXZ dipercayai diseludup dari Thailand ditemukan di…

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!