KPDN Sahkan Tiada Unsur Penipuan Dalam Iklan ‘Durian Percuma’ Tular Di Kota Bharu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesahkan tiada unsur penipuan dalam promosi "durian percuma" yang diiklankan oleh sebuah premis di Bulatan Cempaka, Kota Bharu.

Iklan tersebut sebelum ini tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada pihak mendakwa promosi berkenaan mengelirukan pengguna.

Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemeriksaan dijalankan susulan aduan yang diterima berkaitan promosi berkenaan.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati premis terbabit tidak melakukan sebarang iklan yang mengelirukan dalam urusan penjualan durian.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tanda harga dipamerkan adalah jelas dan harga yang dikenakan kepada pengguna juga selaras dengan harga yang dipamerkan di premis itu.

“Semakan ke atas alat timbang yang digunakan juga mendapati peralatan berkenaan masih sah diperakukan dan mempunyai tempoh pengesahan sehingga 2 Jun tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pihak premis turut mengambil tindakan segera dengan memperjelaskan mesej yang dipaparkan pada papan iklan berkenaan.

Mesej tersebut menjelaskan bahawa pelanggan boleh menikmati atau merasai durian secara percuma di premis berkenaan, namun durian yang dibawa pulang tetap dikenakan bayaran.

Menurut Hanif, hasil pemeriksaan mendapati pelanggan sememangnya dibenarkan merasai durian di premis tersebut tanpa dikenakan sebarang caj.

Bagaimanapun, KPDN tetap memberi peringatan dan amaran kepada pengusaha supaya memastikan semua bentuk promosi yang dijalankan tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Selain itu, premis berkenaan turut diingatkan supaya sentiasa mengemas kini tanda harga serta memastikan maklumat dipamerkan dengan jelas, tepat dan mudah difahami oleh pelanggan.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Sahkan Tiada Unsur Penipuan Dalam Iklan ‘Durian Percuma’ Tular Di Kota Bharu
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Dua Scammer Warga China Ditahan Di Pasir Mas, 142 Kad Sim Dan 45 Telefon Dirampas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki warga China…
Polis Kelantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Curi Kabel ECRL
|
Polis Kelantan berjaya menumpaskan satu sindiket yang dipercayai aktif…
Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran ATM Antara Bank Bermula 1 Julai
|
Pelanggan semua bank di Malaysia tidak lagi dikenakan caj…
Pelajar 17 Tahun Mengaku Ajak Ibu Kandung Buat Aksi Tak Senonoh Selepas Tonton Video Lucah
|
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun mengaku bersalah di…
Polis Kelantan Buru Dua Lelaki Disyaki Dalang Kes Culik Berkait Hutang
|
Polis Kelantan sedang mengesan dua lelaki dipercayai dalang utama…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!