Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC

[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman, mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penyokong bola sepak negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebook, pengasas dan pengarah kreatif jenama fesyen terkenal Elrah Exclusive itu menulis:

"Kelantan Bukan Sekadar Nama. Ia Adalah Cinta, Maruah dan Legasi Yang Wajib Dipertahankan."

Peminat Mula Buat Spekulasi

Perkongsian itu hadir ketika KRWFC sedang membuat persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/27.

Sebelum ini, kelab berkenaan turut mengumumkan bahawa jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim, kekal sebagai ketua jurulatih selepas menandatangani kontrak baharu untuk musim akan datang.

Susulan itu, ramai penyokong mula membuat andaian bahawa status dimuat naik El Azman mungkin memberi bayangan kepada kerjasama atau penajaan yang bakal diumumkan dalam masa terdekat.

Elrah Antara Jenama Tempatan Paling Berpengaruh

El Azman merupakan usahawan yang berjaya membangunkan Elrah Exclusive sehingga menjadi antara jenama pakaian lelaki paling dikenali di Malaysia.

Jenama tersebut terkenal dengan koleksi baju Melayu, kurta dan jubah yang mendapat sambutan meluas di seluruh negara.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman rasmi dikeluarkan sama ada oleh El Azman mahupun pihak KRWFC berhubung spekulasi tersebut.

Namun satu perkara pasti, hantaran ringkas itu sudah cukup untuk menghidupkan semula harapan penyokong yang mahu melihat kebangkitan bola sepak Kelantan.

KRW Sahkan Elrah Sebagai Penaja Rasmi

Dalam kemaskini terbaru, KRWFC mengesahkan Elrah sebagai rakan penaja baharu kelab tersebut bagi musim 2026/27. Elrah dikatakan memberi komitmen tinggi bagi mengembalikan keghairahan bolasepak Kelantan bersama KRWFC

Namun setakat ini tiada pengumuman rasmi tentang nilai tajaan tersebut.



SHARE:

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!