Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27

Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu Salim kekal sebagai ketua jurulatih pasukan selepas menandatangani kontrak baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/27.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di media sosial kelab, pihak pengurusan menzahirkan penghargaan kepada jurulatih berpengalaman itu atas kesediaannya untuk terus menabur khidmat bersama pasukan.

Menurut kenyataan tersebut, Irfan Bakti akan meneruskan tanggungjawab membentuk dan membina skuad terbaik bagi menghadapi cabaran musim baharu.

"Pihak kelab merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada beliau kerana bersedia meneruskan khidmat sekaligus membina skuad terbaik untuk bersaing dengan kelab yang lain pada saingan akan datang," menurut kenyataan itu.

Pihak kelab turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Irfan Bakti untuk membawa Kelantan Red Warrior FC menjadi sebuah pasukan yang lebih berdaya saing.

Selain itu, pengalaman luas yang dimiliki beliau dilihat mampu membantu pasukan memberikan saingan yang lebih bermakna kepada kelab-kelab lain dalam Liga Malaysia musim depan.

Dengan pengesahan kontrak baharu itu, penyokong Red Warriors pastinya berharap pasukan dapat menampilkan prestasi lebih baik dan konsisten di bawah bimbingan Irfan Bakti pada musim 2026/27.

SHARE:

TERKINI

Sultan Muhammad V Berangkat Santuni Mangsa Kebakaran Gok Kapur
|
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli melawat…
Pengasas Elrah Bagi Bayangan Bakal Jadi Penaja KRWFC
|
[DIKEMASKINI] Satu hantaran dimuat naik usahawan terkenal Kelantan, Muhd…
Mimpi Anak Jadi Kenyataan, Pendulang Emas Ditemui Maut Di Sungai Ulu Galas Gua Musang
|
Seorang pendulang emas ditemukan maut di Sungai Ulu Galas,…
[VIDEO] Pesara 67 Tahun Di Johor Direman Enam Hari, Disyaki Rogol Cucu 13 Tahun
|
Seorang pesara lelaki berusia 67 tahun direman selama enam…
Ambulans Kemalangan Di Besut, Pesakit Remaja Cedera Parah
|
Seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun mengalami kecederaan parah…
Irfan Bakti Kekal Bimbing Kelantan Red Warrior FC Bagi Musim 2026/27
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) mengumumkan Irfan Bakti Abu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!