Ramai Baru Tahu, Orang Cina Kelantan Ada Loghat Kelate Bila Cakap Mandarin

"Kecek Cina Pun Bunyi Kelate"

Ramai mengetahui bahawa masyarakat Melayu Kelantan terkenal dengan loghat Kelate yang unik dan mudah dikenali. Namun, tidak ramai yang sedar bahawa masyarakat Cina Kelantan juga mempunyai identiti tersendiri apabila bertutur dalam bahasa Mandarin.

Perkara itu menjadi topik perbualan menarik di Threads selepas seorang pengguna, aidaaxxi, mengemukakan soalan:

"Just curious, when chinese in Kelantan speaks Mandarin, do their Mandarin also got like, kelate dialect? just like bahasa melayu baku and bahasa melayu with kelantan dialek hahahahahaha"

Soalan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, khususnya masyarakat Cina Kelantan yang berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Seorang pengguna, chuinklp, mengesahkan perkara itu sememangnya berlaku.

"Cina kelantan hadir."
"Yes , bau budu. Sekali dengar boleh terus cam orang cina kelantan. Kecuali diorang dah tinggal lama kat luar negeri."

Perkongsian itu turut disokong oleh pengguna lain yang menceritakan bagaimana loghat tersebut boleh dikenali walaupun berada jauh dari Kelantan.

Menurut chrisqck1975, beliau pernah mengalami situasi menarik ketika bersarapan di Klang bersama adik-beradiknya.

"BKT Klang with my siblings. Speaking mandarin kelantan amongst ourselves. Tiba-tiba, meja sebelah tegur, asking if we're Kelantanese? My sister hesitantly replied, "Yes?...." then Aunty said dah agak. She also Kelantanese Chinese. Breakfast BKT Klang before balik KB. 🤣"

Sementara itu, seorang lagi pengguna, leonkheng, mengakui loghat tersebut memang sangat kuat sehingga sukar untuk dihilangkan.

"Ada. Veryyyy pekat. Susah nak buang"

Malah, ada yang berpendapat Mandarin versi Kelantan mempunyai keunikannya sendiri sehingga kadang-kadang sukar difahami oleh masyarakat Cina dari negeri lain.

"yes,versi rosak!even cina negeri lain pn xfaham cina versi kelantan" kata hazlequeen_ng.

Perkongsian tersebut turut mengejutkan sebahagian netizen yang baru mengetahui kewujudan loghat Cina Kelantan itu.

"ok harini baru tahu rupanya cina kelantan bila bercakap mandarin ada loghat kelate jugak rupanya." tulis ikrammohdnoor.

Walaupun bertutur dalam bahasa Mandarin, identiti Kelantan yang begitu kuat dalam kehidupan harian masyarakat Cina negeri itu dilihat turut mempengaruhi cara sebutan dan intonasi percakapan mereka.

Tidak hairanlah ramai yang mendakwa mereka boleh mengenal pasti seseorang berasal dari Kelantan hanya melalui cara mereka bercakap, walaupun bahasa yang digunakan ialah Mandarin.

SHARE:

TERKINI

Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Dilabel MP Rohingya, Ahli Parlimen Pasir Mas Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
|
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan akan mengambil…
Anak 15 Tahun Terpaksa Cuci Kereta Demi Beli Beras Untuk Ibu Dan Empat Adik Di Pasir Mas
|
Kisah seorang remaja berusia 15 tahun yang terpaksa mencuci…
Lelaki Orang Asli Cedera Parah Ditimpa Pokok, Jalan Kaki 30 Minit Dalam Keadaan Berdarah
|
Seorang lelaki Orang Asli berdepan detik cemas apabila cedera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!