Kalau bicara tentang Anak Kelantan yang paling hebat atau berjaya, inilah orangnya

Di media sosial, kita selalu nampak perangai pelik-pelik dari 'influencer'. Ada yang terjerit-jerit macam hilang wayar, ada yang pakai baju wanita semata-mata nak buat ‘lawak’, ada yang terkinja-kinja dan buat konten lucah semata nak dapat view

Kalau anda jenis yang suka konten macam tu, memang besar kemungkinan anda tak kenal Sofyank.

Sebab bakat macam dia tak menjual kebodohan untuk perhatian.

Sofyank, atau nama penuhnya Mohamad Sofian Abdullah, 29 tahun, bukan lahir daripada drama TikTok.

Dia anak jati Kota Bharu yang bermula dari bawah dengan laptop biasa, kamera asas, dan minat mendalam pada dunia visual effects.

Dari tahun-tahun awal dia berkarya, dia dah tunjuk satu hal: kalau betul-betul fokus pada kerja sendiri, satu hari nanti kerja itu akan bercakap lebih kuat daripada mana-mana kontroversi murahan.

Perjalanan dia bukan sekejap. Dari bilik sempit, dari editing tak tidur malam, dari buat eksperimen satu demi satu, lama-lama dunia mula perasan.

Yang mula tegur dia dulu bukan artis kampung, tetapi nama-nama dari luar negara. Proses itu tak berlaku sehari dua. Ia berlaku sebab hasil kerja dia kemas, bersih, kreatif, dan ada jiwa professional yang orang Malaysia jarang betul-betul hargai dari awal.

Kemuncak perjalanan dia makin jelas bila Sofyank menang Ultimate VFX Challenge di Los Angeles mengalahkan peserta UK dan Netherlands.

Itu bukan pertandingan suka-suka. Itu pentas profesional. Sementara ramai di negara sendiri masih sibuk dengan konten drama, anak Kelantan ni dah naik pentas antarabangsa dan bawa pulang kemenangan.

Dari situ, pintu makin terbuka luas. Dia dapat kolaborasi dengan pelakon besar Hollywood. Bukan kolaborasi sembang-sembang ini projek proper, dirakam, disiarkan, dan menunjukkan satu perkara: bakat dari Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan industri luar.

Baru-baru ini pula, Sofyank muncul dalam projek promosi di Tokyo bersama Tom Cruise, sesuatu yang kita sendiri mungkin tak terfikir anak muda dari Kelantan boleh capai.

Dan ironinya, ketika dunia melihat dia sebagai aset, kita di Malaysia kadang-kadang lebih sibuk memviralkan konten yang tak berfaedah.

Kita lambat menghargai bakat macam ni. Lebih suka naikkan mereka yang buat konten sampah, yang memperbodohkan diri, yang menjual maruah untuk ''view'.

Inilah budaya yang buat bakat sebenar macam Sofyank terpaksa dihargai negara luar dahulu sebelum negara sendiri sedar.

Kemudian muncul pula isu terbaru, bila Sofyank membuat video promosi pelancongan untuk Singapura. Ada netizen yang mula pertikai, konon macam salah sangat dia ambil kerja luar.

Padahal jawapan mudah: Singapura hargai dia. Mereka jemput, mereka percaya, mereka bagi ruang. Apa masalahnya?

Kalau negara luar nampak nilai anak kita lebih awal daripada kita sendiri, itu bukan salah Sofyank. Itu salah kita yang lambat bertindak.

Orang macam ini, yang bawa nama baik, yang kerja keras, yang tunjuk bahawa kreatif pun boleh jadi kerjaya terhormat, orang macam inilah kerajaan patut sokong.

Sofyank bukan milik Kelantan saja, dia milik Malaysia. Dia bukti bahawa anak Malaysia boleh tembus Hollywood kalau diberi peluang.

Malaysia patut lindungi dan angkat bakat seperti ini supaya menjadi contoh kepada 'bakal influencer'.

Terus terang, kalau diberi gelaran Dato’ pun KD tak kisah, sebab dia memang layak. Bukan sebab populariti kosong, tapi sebab hasil, disiplin, dan pencapaian yang membanggakan.

Kalau kita benar-benar nak sebut siapa Anak Kelantan yang paling hebat, tak payah fikir panjang.
Nama dia Sofyank.



@sofyank96

Tokyo with Tom || Part 2 Mission: Impossible is finally possible

♬ original sound - Sofyank96 - Sofyank96
@sofyank96

It was such a fun experience shooting a VFX video with Jun from @SEVENTEEN , he’s full of energy! If you want to see more magic tricks and action, see it in The Shadow’s Edge! #TheShadowsEdge #ShanghaiPictures #gscmovies

♬ original sound - Sofyank96 - Sofyank96

TERKINI

Cucu Tok Guru Nik Aziz, Senator Azhar Pilih Berdamai Tamatkan Kontroversi
|
Kontroversi melibatkan cucu bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik…
MB Kelantan Salur Bantuan Awal Kepada Mangsa Kebakaran Gok Kapor
|
Kerajaan Negeri Kelantan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa kebakaran…
Remaja 15 Tahun Cuci Kereta Demi Keluarga, MAIK Tampil Hulur Bantuan Buat Shamir
|
Seorang remaja berusia 15 tahun yang sebelum ini terpaksa…
Tragedi Tohoi: Hilang Dalam Hutan 47 Hari, Dua Murid Sekolah Berusia 10 Dan 11 Tahun Ditemui Selamat
|
Hampir 11 tahun berlalu, namun tragedi kehilangan tujuh murid…
Ibu Angkat Ditahan Kurung Kanak-Kanak 9 Tahun Dalam Stor Belakang Rumah
|
Nasib malang seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang…
Jangan Hukum Semua Pelarian Rohingya Kerana Kesalahan Segelintir Individu – ABIM
|
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menegaskan bahawa pendirian mereka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!