Anak Tumpat dinobat Pelajar Terbaik STPM Kebangsaan 2025

Seorang pelajar dari Tumpat mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.

Siti Maisarah Yahya Lotfi dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa, Tumpat menerima pengiktirafan itu daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu majlis di Selangor, semalam.

Siti Maisarah Yahya Lotfi pelajar terbaik stpm


Kejayaan tersebut turut mengharumkan nama Kelantan apabila negeri ini mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.06, mengatasi pencapaian nasional sebanyak 2.88.

Kelantan Catat Prestasi Cemerlang STPM 2025

Menurut Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan, Azhan Anuar, pencapaian PNGK negeri itu meningkat 0.06 mata berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata, kejayaan Kelantan turut diperkukuh dengan pengiktirafan tiga sekolah sebagai Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan 2025.

Antara sekolah tersebut ialah SMK Tengku Panglima Raja, SMK Sultan Ibrahim (1) di Pasir Mas dan SMK Pengkalan Chepa (1).

Usaha, Disiplin Dan Doa Jadi Kunci Kejayaan

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan, YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat berkata kejayaan Siti Maisarah bukan sahaja membanggakan keluarga, malah mengangkat martabat sekolah dan dunia pendidikan negeri.

Menurutnya, kejayaan itu lahir daripada usaha gigih, disiplin tinggi, doa ibu bapa serta bimbingan guru.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Pengkalan Kubor berharap kejayaan tersebut menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

SHARE:

TERKINI

Walaupun Kos Naik, Peniaga Di Machang Tetap Kekalkan Harga Mee Celup RM1
|
Ketika kebanyakan peniaga makanan terpaksa menaikkan harga susulan peningkatan…
KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!