9 Anggota APM Kota Bharu Bantu Pindah PesakitWanita 180kg Ke HRPZ II

Sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu membantu memindahkan seorang wanita obesiti seberat 180 kilogram (kg) dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu pada Khamis.

Pesakit wanita berusia 35 tahun itu dipindahkan bagi mendapatkan rawatan lanjut selepas berada di zon merah hospital berkenaan.

Terima Panggilan Petang Khamis

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Mejar (PA) Mohd Arif Mohd Zin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada jam 5.50 petang.

apm kota bharu pesakit obesiti 180kg


Menurutnya, susulan panggilan itu, sembilan anggota bersama sebuah lori lima tan digerakkan ke lokasi bagi membantu proses pemindahan pesakit.

"Anggota tiba di Hospital Tengku Anis pada jam 6.54 petang dan operasi pemindahan pesakit berjaya diselesaikan pada jam 7.25 malam.

"Proses pemindahan selesai sepenuhnya kira-kira 40 minit kemudian," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Ikut Prosedur Keselamatan

Mohd Arif berkata, operasi berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan kesejahteraan pesakit sepanjang proses pemindahan.

Menurut beliau, misi tersebut mencerminkan komitmen berterusan APM dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan kebajikan kepada masyarakat tanpa mengira situasi serta cabaran yang dihadapi.



Sumber: APM Negeri Kelantan, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jalan Kuala Krai–Gua Musang Ditutup Sementara 28 Julai Bagi Kerja Letupan Batu
|
Pengguna Jalan Persekutuan FT08 yang merancang perjalanan antara Kuala…
Kereta Berisi Bom Meletup Di Balai Polis Narathiwat
|
Sebuah kereta yang dipasang bahan letupan menggegarkan kawasan Balai…
Kanak-Kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dirempuh Lori Dipandu Datuk Sendiri
|
Suasana tenang di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuang,…
Projek Solar LSS5 Pasir Mas Mampu Bekalkan Elektrik Kepada 75,000 Rumah
|
Kelantan bakal melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan tenaga…
Lima Anggota Renjer Thailand Maut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat
|
Lima anggota Renjer Tentera Thailand terbunuh dalam satu serangan…
HRPZ II Bakal Terima Makmal Patologi Baharu Bernilai RM175 Juta
|
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!