Kes influenza meningkat di Kelantan, lima kluster dikesan di sekolah berasrama

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan berlaku peningkatan kes influenza di negeri ini dengan lima kluster dilaporkan setakat ini, melibatkan institusi pendidikan khususnya sekolah berasrama.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata walaupun influenza merupakan penyakit ringan dan kebanyakan pesakit pulih dalam tempoh seminggu, jumlah pesakit yang hadir ke klinik menunjukkan peningkatan ketara sejak minggu epidemiologi (ME) ke-40.

“Setakat ini, tiada pesakit yang dimasukkan ke wad atau mengalami komplikasi serius. Namun, peningkatan kes yang datang ke klinik menunjukkan penularan aktif dalam komuniti.

Lima kluster dikenal pasti setakat ini melibatkan institusi pendidikan dan mencatatkan 514 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Operasi Selamat Paru-Paru (Malam) sempena Penguatkuasaan Penuh Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) peringkat negeri di Cawangan Kawalan Kota Bharu, malam tadi.

Menurut Dr Zaini, semua kluster berkenaan melibatkan sekolah berasrama, dan sebarang keputusan penutupan asrama berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sekiranya kesihatan pelajar terjejas.

Katanya, sesuatu kluster influenza ditakrifkan apabila terdapat dua atau lebih kes yang mempunyai kaitan epidemiologi, dan walaupun influenza tidak termasuk dalam senarai penyakit wajib notifikasi, pemantauan berterusan tetap dijalankan.

“Individu yang bergejala dinasihatkan memakai pelitup muka, selain mengelak daripada menghadiri tempat awam atau majlis keramaian.

Pihak sekolah juga perlu memantau kesihatan pelajar secara konsisten dan memberi kefahaman kepada ibu bapa mengenai peranan mereka dalam mencegah penularan jangkitan,” katanya.



Beliau menambah, sekiranya terdapat kes di sekolah, pihak pengurusan digalakkan melaksanakan langkah pengasingan dan kuarantin terhadap pelajar bergejala.

“Keadaan semasa masih terkawal dan tiada kematian dilaporkan. Jabatan kesihatan sentiasa berhubung dengan JPN bagi tindakan lanjut,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!