Cendawan Susu Harimau Jadi Buruan Di Gua Musang, Harga Cecah Ribuan Ringgit

Cendawan susu harimau, atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerus, semakin menjadi buruan kerana dipercayai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan terutama berkaitan penyakit pernafasan, paru-paru dan juga kanser.

Herba liar yang sangat bernilai ini dikesan hidup meliar di kawasan pedalaman hutan tebal di daerah Gua Musang, khususnya di kawasan penempatan Orang Asli seperti Pos Gob, Pos Balar dan Pos Bihai.

cendawan susu harimau

Cendawan susu harimau mempunyai pelbagai khasiat terutama berkaitan pernafasan dan menguatkan paru-paru selain penawar penyakit resdung serta kanser. (Foto: Harian Metro)



Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan cendawan susu harimau bukan sesuatu yang mudah kerana ia bergantung kepada ‘rezeki’ pencari dan memerlukan individu meredah hutan tebal selama beberapa hari.

Penduduk Orang Asli Pos Gob, Hady Liman berkata, tidak semua pencarian akan membuahkan hasil kerana tumbuhan herba itu sangat sukar ditemui.

“Kadang-kadang berbulan masuk hutan, belum tentu jumpa. Kami masuk hutan bukan semata-mata cari cendawan ini, kalau jumpa ia dianggap rezeki,” katanya.

Khasiat Cendawan Susu Harimau

Sementara itu, penduduk Pos Bihai, Apek Asud berkata, khasiat cendawan susu harimau yang semakin diketahui umum menyebabkan ia semakin diburu, termasuk oleh orang luar.

Di kawasan penempatan Orang Asli, cendawan ini dijual dengan harga lebih rendah, sekitar RM30 hingga RM50 sebatang, berbanding harga pasaran luar yang jauh lebih tinggi.

Penyelidikan saintifik turut mengiktiraf khasiat herba ini apabila kajian mendapati ia mempunyai ciri antiradang, antioksidan, imuno-modulasi serta potensi antikanser.

Penyelidik MARDI, Dr Tan Chon Seng pernah menjelaskan bahawa cendawan susu harimau berkesan membantu masalah paru-paru dan sistem pernafasan, selain digunakan secara tradisional bagi rawatan asma, batuk kronik, resdung dan demam.

Harga cecah ribuan ringgit

Dalam perkembangan berkaitan, harga pasaran cendawan susu harimau dianggarkan boleh mencecah ribuan ringgit sekilogram dan biasanya dijual dalam potongan kecil sekitar RM150 hingga RM200 seunit.

penjual cendawan susu harimau

Ikhwan Shah menunjukkan potongan cendawan susu harimau untuk dijual. (Foto: Harian Metro)



Penjual herba, Ikhwan Shah Shaharuddin berkata, hanya bahagian ubi atau sklerotium (umbi bawah tanah) digunakan untuk perubatan, sama ada diproses menjadi serbuk atau direbus sebagai minuman herba.

Katanya, pengambilan herba ini biasanya dalam kuantiti kecil dan pengguna dinasihatkan mengambilnya secara berhemah serta mendapatkan nasihat profesional kesihatan terlebih dahulu.

Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!