Suami Isteri Maut Dalam Nahas Tiga Kenderaan Selepas Beraya Di Kelantan

Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang ke rumah selepas beraya di Kelantan berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 19 Jalan Endau-Mersing, petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Nur Firdaus Muhamad Bustaman, 24, dan isterinya, Siti Nur Aisyah Andoor Beet Babjan Kahar, 23.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Kereta Dipercayai Hilang Kawalan

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5.10 petang.

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Innova dan Chery Omoda.

Menurut beliau, ketika kejadian cuaca berada dalam keadaan hujan lebat dan siasatan awal mendapati Perodua Myvi yang dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan.

“Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Toyota Innova serta Chery Omoda.

“Kedua-dua mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Mersing dari Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam Perjalanan Pulang Ke Pasir Gudang

Difahamkan, pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Taman Kota Masai, Pasir Gudang selepas beraya di Kelantan.

Akibat pelanggaran tersebut, kedua-duanya mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes kini dalam siasatan pihak polis.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!