Setiap kali Aidiladha, isu biasa yang sering berlaku di rumah ialah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan daging korban supaya ia kekal segar lebih lama dan tidak cepat rosak.
Walaupun daging korban biasanya diagihkan dalam jumlah banyak, cara penyimpanan yang betul memainkan peranan penting bagi memastikan kualiti dan kesegarannya terjaga.
Berikut adalah beberapa tip mudah yang boleh diamalkan di rumah:
1. Simpan Dalam Peti Sejuk Secepat Mungkin
Selepas menerima daging korban, pastikan ia segera dimasukkan ke dalam peti sejuk atau freezer. Elakkan dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik kerana ia boleh mempercepatkan proses pembiakan bakteria.
2. Jangan Basuh Sebelum Simpan
Ramai yang terus mencuci daging sebelum disimpan, namun ini sebenarnya boleh mempercepatkan kerosakan. Lebih baik simpan dahulu, dan basuh hanya ketika ingin memasak.
3. Bahagikan Ikut Portion Kecil
Bahagikan daging kepada saiz hidangan kecil sebelum disimpan. Ini memudahkan proses nyahbeku dan mengelakkan pembaziran kerana hanya ambil apa yang perlu.
4. Gunakan Bekas Kedap Udara / Plastik Zip
Simpan daging dalam bekas kedap udara atau plastik zip untuk mengelakkan udara masuk yang boleh menyebabkan daging cepat rosak atau berbau.
5. Label Tarikh Simpan
Letakkan label tarikh pada setiap pek daging supaya mudah mengawal tempoh simpanan dan elak daging disimpan terlalu lama tanpa disedari.
KESIMPULAN
Walaupun daging korban adalah rezeki istimewa sempena Aidiladha, cara penyimpanan yang betul sangat penting bagi memastikan ia kekal segar, bersih dan selamat untuk dimasak.
SHARE:
