Buang Kulit Lembu Korban Dalam Tong Sampah, Exco Kelantan Tegur Sikap Segelintir Masyarakat

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Hilmi Abdullah meluahkan rasa terkilan selepas menerima gambar aduan berkaitan tindakan segelintir masyarakat yang membuang kulit lembu korban ke dalam tong roro pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai tanda masih ada masyarakat yang tidak memahami ruh sebenar ibadah korban yang dilaksanakan setiap tahun.

Menurutnya, ibadah korban bukan sekadar proses menyembelih haiwan, sebaliknya turut menuntut aspek adab, kebersihan dan penghormatan terhadap syiar Islam.

“Ibadah korban bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi ia juga menuntut adab, kebersihan dan penghormatan terhadap syiar Allah,” katanya.

Pengurusan Sisa Korban Perlu Tertib

Beliau menjelaskan, kulit, tulang, darah dan sisa korban termasuk dalam urusan syiar ibadah korban dan perlu diuruskan secara tertib serta penuh ihsan.

Tambah beliau, jika sisa korban dibuang merata-rata sehingga menyebabkan pencemaran, bau busuk, kehadiran lalat atau anjing liar serta mengganggu masyarakat, perbuatan itu boleh menjadi haram kerana mendatangkan mudarat.

YB Hilmi turut memetik hadis Rasulullah SAW:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”
(Riwayat Muslim)

Katanya, hadis tersebut menunjukkan bahawa pengurusan sebelum dan selepas proses korban juga perlu dilakukan secara bersih dan tidak memudaratkan orang lain.

Saran Tanam Kulit Korban Dengan Sempurna

Beliau turut menjelaskan kaedah pelupusan kulit lembu korban yang betul sekiranya tiada pihak mengambilnya ialah dengan menanamnya di dalam tanah bersama kapur bagi mengelakkan pencemaran dan bau busuk.

Selain itu, masyarakat juga diingatkan supaya tidak membuang sisa korban ke dalam sungai atau longkang kerana boleh mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan penduduk.

Menurutnya lagi, kawasan sembelihan perlu dibersihkan segera dan sisa korban hendaklah dikumpulkan di tempat khas selain mengadakan gotong-royong selepas ibadah korban selesai.

“Ibadah korban bukan hanya soal menyembelih, tetapi juga amanah menjaga kebersihan, kesihatan awam dan kemuliaan syiar Allah,” katanya.

SHARE:

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!