Sultan Kelantan Kurnia Dua Lembu Baka Brahman Untuk Ibadah Korban

Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan dua ekor lembu baka brahman untuk dikorbankan pada Majlis Ibadah Korban Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu hari ini.

Kedua-dua lembu itu merupakan sebahagian daripada 53 ekor lembu korban yang disembelih sempena majlis berkenaan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Mohd. Nassuruddin Daud dan Timbalan Yang Dipertua MAIK, Mohd. Anis Hussein.

Mohd. Anis berkata, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz turut berkenan mengurniakan masing-masing seekor lembu korban pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, MAIK sendiri menyumbangkan sebanyak 49 ekor lembu korban selain melibatkan 348 petugas bagi melancarkan proses penyembelihan dan pengagihan daging korban.

“Kita akan mengagihkan daging korban kepada seramai 1,400 ketua isi rumah terdiri daripada asnaf fakir dan miskin menerusi masjid-masjid di bandar dan jajahan Kota Bharu,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, usaha tersebut bertujuan menyemarakkan syiar Islam selain mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat menerusi ibadah korban dan pengagihan daging kepada golongan memerlukan.


Sumber: Utusan

TERKINI

Rupanya Ini Sebab Bendera Arab Saudi Tidak Pernah Diletakkan Di Atas Padang Piala Dunia
|
Setiap kali aksi Piala Dunia 2026 berlangsung, perhatian peminat…
Istilah Rohingya Hanya Muncul Sekitar 1950an, Dari Mana Datangnya Etnik Ini Sebenarnya?
|
Istilah “Rohingya” hari ini dikenali di seluruh dunia sebagai…
Penerbangan Sulung Kota Bharu-Jakarta Cipta Sejarah Baharu Buat Kelantan
|
Sejarah baharu tercipta apabila penerbangan sulung AirAsia bagi laluan…
‘Punggung Isteri Menggerutu’ Antara 23 Alasan Pelik Penceraian Pasangan Muda
|
Punca perceraian dalam kalangan pasangan yang masih “setahun jagung”…
PGA Gagalkan Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Gula Ke Thailand Di Rantau Panjang
|
Kegiatan warga Thailand yang membeli minyak masak dan gula…
Dua Anggota Tentera Maut Dipercayai Terkena Letupan Bom Semasa Latihan
|
Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai terkena letupan bom…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!