Ketua Polis Dang Wangi Cedera Dalam Operasi Pengosongan di Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman cedera ketika operasi pengosongan penduduk di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, selepas berlaku kekecohan awal pagi tadi.

Kekecohan Ketika Operasi Pengosongan

Menurut sumber, insiden bermula apabila beberapa penduduk yang enggan berpindah cuba merempuh masuk ke kawasan operasi. Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berada di lokasi berjaya menyekat tindakan itu, namun berlaku pertembungan.

Dalam kekecohan tersebut, ada pihak dipercayai membaling objek keras ke arah anggota polis. Salah satunya terkena pada kepala Suzilme sehingga beliau mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Polis Keluarkan Amaran Keras

Polis menggesa orang ramai yang berada di kawasan berkenaan supaya beredar segera. Amaran keras turut dikeluarkan kepada mereka yang menimbulkan kekacauan. Situasi kembali terkawal selepas arahan itu dipatuhi.

Beberapa gambar Suzilme dengan darah di bahagian muka turut tersebar dalam kalangan pengamal media.

Operasi Pengusiran Melibatkan 14 Penduduk

Operasi yang turut disertai bailif mahkamah dan agensi berkaitan itu melibatkan pemotongan bekalan elektrik ke kediaman terlibat.

Ia adalah percubaan kedua sejak Julai lalu untuk mengusir 14 penduduk di kawasan berhampiran Kampung Baru, bagi memberi laluan kepada projek pembangunan semula oleh KL City Gateway Sdn Bhd.

Majoriti penduduk Kampung Sungai Baru telah bersetuju berpindah selepas menerima tawaran pampasan daripada pihak pemaju, namun segelintir masih enggan meninggalkan kediaman.

#KelantanDaily
Sumber: MalaysiaKini

TERKINI

Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!