JIPS Siasat Anggota Polis Muat Naik Video Tular Didakwa Hina Penduduk China

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan memanggil seorang saksi yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan kontroversi video sekumpulan pelancong Malaysia yang didakwa menghina penduduk tempatan ketika bercuti di China.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid berkata, siasatan akan dijalankan terhadap mana-mana pegawai atau anggota polis yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Beliau berkata, pihak JIPS akan menyiasat perkara itu secara telus dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran tatakelakuan.

“Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis dan pihak JIPS akan menjalankan siasatan secara telus dan jika wujud sebarang pelanggaran tatakelakuan.

“Tindakan akan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya ketika dihubungi media.

Video Tular Undang Kecaman

Kelmarin, wanita yang memuat naik video berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.

Sebelum ini, rakaman video yang tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelancong dari Malaysia menjerit perkataan seperti “busuk” dan “tak mandi” sambil menutup hidung ketika berada di tempat awam di China.

Tindakan itu mengundang kecaman ramai termasuk dalam kalangan rakyat tempatan negara berkenaan.

Walaupun video asal telah dipadamkan, rakaman tersebut masih tersebar luas di media sosial dan terus menerima pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.

Turut Dapat Perhatian Media Antarabangsa

Kontroversi itu turut mendapat liputan media luar negara termasuk di Amerika Syarikat menerusi laporan yang disampaikan oleh Cary Johnston dalam program Firstpost America.

Rakaman berkenaan menunjukkan individu tidak dikenali dirakam ketika berada dalam pengangkutan awam sebelum diperlekehkan dalam bahasa Melayu.

Pihak polis kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran undang-undang atau tatakelakuan yang berkaitan dengan insiden tersebut.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!