32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000

Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi selama 32 tahun di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, dengan kerugian dianggarkan mencecah RM500,000.

Pemilik premis, Rohaimi Mohd, 43, berkata, dia menyedari kejadian kira-kira jam 5.30 pagi selepas mendapati paparan skrin televisyen litar tertutup (CCTV) di kedainya tidak berfungsi seperti biasa.

Menurutnya, dia segera bergegas dari rumahnya di Kampung Losong Masjid ke premis berkenaan sebelum mendapati asap tebal keluar dari dalam kedai.

“Saya masuk ke pejabat untuk tutup suis utama dan cuba padam kebakaran menggunakan alat pemadam api, tapi api sudah merebak dengan cepat,” katanya.

Stok Keropok Dan Peti Sejuk Beku Musnah

Rohaimi berkata, kebakaran itu memusnahkan pelbagai barangan termasuk stok keropok keping yang dianggarkan bernilai sekitar RM100,000 dan keropok lekor vakum bernilai kira-kira RM70,000.

Turut musnah ialah 22 buah peti sejuk beku, peti minuman serta pelbagai peralatan dan barangan lain yang digunakan dalam operasi perniagaan.

Menurutnya, kejadian itu merupakan satu tamparan besar memandangkan perniagaan berkenaan merupakan warisan keluarga yang telah bertahan lebih tiga dekad.

Bomba Berjaya Kawal Kebakaran

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Thoyibbah Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 pagi.

Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu serta BBP Jalan Kota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kedai jenis separuh kekal yang terbakar sebanyak 60 peratus. Sebuah motosikal jenis Yamaha NVX turut terjejas dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tangki air berjaya mengawal marakan api.

Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian rasmi masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!