Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang

Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter di Jalan Tawang, Kampung Tawang, Bachok malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa lelaki berusia 34 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati motosikal Yamaha Y15 terbabas ke dalam parit berkedalaman dua meter tanpa melibatkan kenderaan lain.

“Insiden melibatkan dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

“Wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa lelaki pula disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi dikawal sepenuhnya pada jam 9.32 malam dan tamat kira-kira sejam kemudian.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
32 Gol Semusim, Mbarga Bagi Bayangan Kekal Bersama KRW FC
|
Pemenang kasut emas Liga A1 Semi Pro, Emmanuel Mbarga…
Jangan Sekadar Tulis Di Media Sosial, Exco Minta Aduan Air Terus Dibuat Kepada AKSB
|
Kerajaan Kelantan meminta rakyat menyalurkan aduan berkaitan bekalan air…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!