Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Kereta Dipercayai Warga Myanmar Di Ketereh

Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang disyaki dipandu lelaki warga Myanmar dalam kejadian berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Kota Bharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia lingkungan 20-an yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kereta Masuk Laluan, Langgar Motosikal

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima laporan berkaitan kemalangan maut itu pada jam 4.30 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa sedang menunggang di jalan lurus dari arah Ketereh ke Kota Bharu.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba sebuah Perodua Aruz yang dipandu seorang lelaki dipercayai warganegara Myanmar berusia 30-an dari arah bertentangan masuk ke laluan hingga menyebabkan perlanggaran dengan penunggang motosikal itu.

“Akibat kejadian itu, penunggang motosikal mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta sedang dikesan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat Dibawa Ke HUSM, Kes Disiasat

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-7752315.

Polis turut menggesa orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
KRW FC Terima Suntikan Penajaan Baharu Daripada Raja Perfume
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus menerima sokongan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!