Pemandu Lori Maut Dirempuh Motosikal Ketika Melintas Jalan Di Gua Musang

Seorang warga emas yang bekerja sebagai pemandu lori maut dipercayai tercampak selepas dirempuh sebuah motosikal yang ditunggang remaja berusia 17 tahun ketika melintas jalan di Kilometer 41 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mat Zaki Jusoh, 62, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika remaja lelaki itu menunggang motosikal dari arah Paloh menghala ke Gua Musang.

Mangsa Melintas Jalan Ke Lori Diparkir

Menurut beliau, ketika remaja terbabit tiba di lokasi, pemandu lori tersebut sedang melintas jalan untuk pergi ke lori miliknya yang diparkir di seberang jalan.

“Dipercayai motosikal ditunggang remaja terbabit telah melanggar warga emas itu.

“Akibat daripada pertembungan tersebut, pemandu lori tercampak dan maut di lokasi,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 41(1)

Mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-9121222.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!