Perahu Lama Ditemui Di Tanah Merah, Penemuan Penting Bagi Sejarah Pengangkutan Air Kelantan

Penemuan sebuah struktur perahu lama di Kampung Bukit Kechik, Tanah Merah mencetuskan perhatian apabila Jabatan Warisan Negara segera menjalankan tinjauan awal bagi mengenal pasti nilai serta signifikasi sejarah artifak berkenaan.

Menurut Jabatan Warisan Negara dalam satu kenyataan hari ini, tinjauan itu dilaksanakan susulan penemuan struktur perahu tersebut semalam, yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan sejarah kehidupan masyarakat setempat suatu ketika dahulu.

Berdasarkan ciri fizikal perahu berkenaan, jabatan itu memaklumkan ia dipercayai dibina menggunakan kayu keras tempatan seperti cengal atau meranti.

Lebih menarik, struktur itu turut memperlihatkan penggunaan teknik pertukangan tradisional Melayu yang halus dan teliti.

“Perahu ini dibina menggunakan teknik pertukangan tradisional seperti tanggam kayu dan pasak.

“Struktur binaan ini secara tidak langsung mencerminkan kepakaran tinggi tukang perahu Melayu zaman dahulu dalam menyesuaikan reka bentuk dengan keadaan sungai yang berubah-ubah,” menurut kenyataan itu.


Bukti Sungai Pernah Jadi Laluan Utama

Jabatan Warisan Negara turut menjelaskan bahawa penemuan itu bukan sekadar artifak fizikal semata-mata, sebaliknya membawa nilai sejarah besar yang menggambarkan corak kehidupan masyarakat Tanah Merah pada era lampau.

Menurut kenyataan itu, masyarakat ketika itu dipercayai bergantung sepenuhnya kepada sungai sebagai laluan utama bagi pelbagai aktiviti harian.

“Masyarakat pada era itu dipercayai bergantung sepenuhnya kepada sungai sebagai laluan utama untuk aktiviti perdagangan, perhubungan, dan urusan kehidupan harian,” katanya.

Susulan penemuan tersebut, kajian terperinci serta dokumentasi lanjut akan dijalankan bagi memastikan warisan pengangkutan air itu dapat dipelihara sebagai sebahagian daripada identiti sejarah negeri Kelantan.

Jabatan itu turut merakamkan penghargaan kepada komuniti Kampung Bukit Kechik atas kerjasama yang diberikan dalam usaha menyelamatkan artifak perahu tersebut.

Orang ramai juga diseru supaya melaporkan sebarang penemuan berkaitan warisan kebudayaan yang berpotensi kepada jabatan bagi memastikan khazanah sejarah negara dapat dipelihara untuk generasi akan datang.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Perempuan Cantik, Pandai Berhias, Tapi Rumah Sewa Macam Tong Sampah
|
Seorang pemilik rumah sewa meluahkan rasa terkejut apabila kediamannya…
Pemandu Peribadi Didakwa Enam Pertuduhan Jadi Along
|
Seorang pemandu peribadi dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di…
Polis Buka Siasatan Isu Spekulasi Dan Maklumat Palsu Kes Gadis 61 Tikaman
|
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung penularan spekulasi serta…
Jalil Hamid Meninggal Dunia Dalam Tidur, Alami Jantung Bengkak
|
Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi tokoh besar…
Polis Nafi Bapa Salah Seorang Suspek Kes Bunuh Nurfisya Pegawai Kanan Polis
|
Polis Kelantan menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya…
PGA Tahan 123 Termasuk 4 Wanita Berkait Kes Dadah RM6.1 Juta Di Sempadan Kelantan
|
Seramai 123 individu termasuk empat wanita ditahan dalam beberapa…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!