Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja

Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam bersempena sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan yang berlangsung hari ini.

Turut menerima pengiktirafan sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Amran menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) manakala Dr Muhammad Hana menerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Kumpulan Pengurusan dan Profesional).

Bagi kategori Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pelaksana) pula, ia diberikan kepada Penolong Pegawai Latihan Vokasional Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Dr N Thinakaran.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe Bhd, Ariffin Sabirin menerima Anugerah Tokoh Pekerja (Eksekutif) manakala Sayyidatul Aisyah Sulaiman daripada Syarikat Aerospace Technology Systems Corp diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja (Bukan Eksekutif).

Anugerah OKU, Majikan Terbaik Dan Kesatuan Sekerja Turut Diumum

Anugerah Tokoh Pekerja (OKU) diberikan kepada Muhammad Adib Ibrahim.

Bagi kategori Anugerah Majikan Terbaik Negara (Syarikat Besar/GLC), ia dianugerahkan kepada Telekom Malaysia (TM), manakala Green Resource Recovery Sdn Bhd menerima Anugerah Majikan Terbaik Negara (SME).

Dalam pada itu, Sarawak Teacher's Union diumumkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Terbaik Negara (Sektor Awam) manakala Kesatuan Pekerja-Pekerja Pakaian Seragam Pos Malaysia Berhad (UPUS) Semenanjung Malaysia menerima anugerah bagi sektor swasta.

Bagi kategori badan berkanun pula, Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPPRSM) membawa pulang anugerah kesatuan sekerja terbaik.

Sementara itu, Terrence Tan Jian Wai daripada STAR Media Group menerima Anugerah Media Terbaik (Individu) manakala Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) menerima Anugerah Media Terbaik (Agensi).

Tenaga Nasional Bhd (TNB) pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kontinjen Terbaik Hari Pekerja 2026.

Kesemua penerima bagi 14 kategori membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama plak penghargaan.

Majlis tahunan yang disambut pada setiap 1 Mei itu bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, sebagai platform menghargai sumbangan tenaga kerja negara selain memperkukuh ekosistem kerjaya melalui penawaran peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Bomba Dedah Punca Kebakaran 27 Rumah Di Gok Kapur
|
Kebakaran yang memusnahkan 27 rumah di Kampung Gok Kapur…
Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!