Sindiket ‘Love Scam’ Jadikan Resort Di Tanah Merah Pusat Operasi, 58 Orang Ditahan

Taktik licik sindiket ‘love scam’ yang menjadikan sebuah resort di Kelantan sebagai markas operasi untuk memperdaya mangsa terbongkar selepas premis itu diserbu polis semalam.

Serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu membawa kepada penahanan 58 individu terdiri daripada warga tempatan, China, Myanmar, India dan Pakistan, masing-masing berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu dengan menjadikan resort berkenaan sebagai pusat operasi.

Menurut beliau, sindiket itu menggunakan modus operandi memperdayakan emosi dan kepercayaan mangsa bagi mengaut keuntungan, termasuk menyamar sebagai wanita Indonesia.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu dikendalikan oleh tiga orang penyelia dengan sebanyak 55 operasi dijalankan setiap hari bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Sindiket ini turut menggunakan enam router berkapisiti tinggi bagi memastikan capaian internet berkelajuan tinggi agar kegiatan mereka sukar dikesan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah hari ini.

Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas 46 unit komputer, lima komputer riba, 118 telefon bimbit serta lapan unit router dengan jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM179,000.

Kesemua suspek telah direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420/120(B) Kanun Keseksaan.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

“Kelantan Dah Lama Ketinggalan, Jadi Kita Nak Kejar” – MB Kelantan
|
Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri…
Sindiket ‘Love Scam’ Jadikan Resort Di Tanah Merah Pusat Operasi, 58 Orang Ditahan
|
Taktik licik sindiket ‘love scam’ yang menjadikan sebuah resort…
Tegur Anak Buat Air, Warga Emas Maut Ditumbuk Anak Sendiri Di Kota Bharu
|
Seorang warga emas berusia 83 tahun disahkan meninggal dunia…
Ibu Tunggal Masalah Mental, Sakit Jantung Tabah Jaga Lima Anak OKU Di Pasir Puteh
|
Seorang ibu tunggal yang menghidap penyakit jantung berlubang serta…
Penganggur Serang Polis Mengaku Bersalah Miliki Parang Depan Pintu UiTM Machang
|
Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu…
[VIDEO] “Jika Diberi Peluang Saya Pun Nak Lepak Disana” – ADUN Melor
|
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sedikit hangat…
Jawatan Kosong Kelantan