Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang

Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya menahan dua lelaki serta merampas dadah jenis bunga ganja dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Sekat Pintas Pos Serongga, Rantau Panjang.

Serbuan itu dilakukan pada 18 April kira-kira jam 11.30 pagi apabila kedua-dua suspek ditahan ketika menaiki sebuah Perodua Alza yang datang dari arah Kampung Gual Periok menuju ke Padang Licin.

Hasil pemeriksaan di bahagian bonet belakang kenderaan menemukan sebuah beg hitam mengandungi lima bungkusan plastik berisi ketulan kering yang disyaki bunga ganja.


Suspek Tempatan & Warga Sri Lanka Ditahan

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing serta seorang lelaki warga Sri Lanka berusia 58 tahun.

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek tempatan negatif dadah, manakala suspek warga asing itu positif THC.

Turut dirampas dalam operasi itu ialah sebuah Perodua Alza, tiga telefon bimbit, pakaian serta lima kilogram bunga ganja.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM443,650.


Ditawar Upah RM4,000 Bawa Ganja Dari Thailand

Siasatan awal mendapati suspek warga Sri Lanka itu dipercayai datang ke Malaysia sejak tahun 2021 dan bekerja di Kuala Lumpur.

Dia disyaki ditawarkan pekerjaan oleh seorang lelaki yang juga warga Sri Lanka untuk membawa ganja dari Thailand ke Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Sri Lanka dengan bayaran RM4,000.

Suspek dipercayai memasuki Thailand melalui pangkalan haram di Rantau Panjang, mengambil bekalan ganja daripada individu tidak dikenali sebelum kembali semula ke Malaysia melalui laluan sama.

Selepas itu, dia mendapatkan khidmat pemandu e-hailing tempatan dengan bayaran RM800 bagi perjalanan ke Kepong, Kuala Lumpur sebelum diberkas di sekatan jalan raya Pos Serongga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

SHARE:

TERKINI

Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Bangsal Tersembunyi Dalam Semak Di Pasir Mas Rupa-Rupanya Stor Dadah
|
Seorang lelaki berusia 34 tahun diberkas Pasukan Gerakan Am…
55 Pelajar Tahfiz Bachok Tawan Tiga Puncak Gunung Stong Sambil Khatam Al-Quran
|
Seramai 55 pelajar Maahaad Tahfiz Sains Al-Muhammadi (MTSM) Nipah…
Mufti Kelantan Tegur Wanita Promosi Pakaian Dalam Dengan Memakai Sendiri
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegur tindakan segelintir…
Pasangan Kekasih Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM9.7 Juta Di Butterworth
|
Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!