Kerajaan Lulus RM20 Juta Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Di Kelantan

Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan di Kelantan.

Peruntukan tambahan itu akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan khas itu bertujuan membantu rakyat yang berada di bawah paras miskin.

“Saya minta ICU JPM uruskan,” katanya ketika berucap di Masjid Mukim Gong Chapa Temila, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir ke majlis Ramah Mesra dan Lawatan di masjid berkenaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Mengulas lanjut, Anwar berkata sebelum ini program pembasmian kemiskinan di Kelantan sudah dilaksanakan, namun kerajaan negeri menerusi Menteri Besar telah membuat permohonan tambahan.

Justeru, beliau meluluskan peruntukan tambahan khas berjumlah RM20 juta bagi membantu rakyat yang berada di bawah paras miskin di negeri itu.


Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Peruntukan Pembangunan Di Kelantan Dinaikkan Kepada RM8 Bilion
|
Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3…
Kerajaan Lulus RM20 Juta Untuk Program Pembasmian Kemiskinan Di Kelantan
|
Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi…
Mangsa Kedua Insiden SMK Tanjong Mas Akan Jalani Pembedahan Tampalan Cuping Telinga
|
Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang…
Rakyat Kelantan Boleh Terbang Terus Ke China Dan Korea Selatan
|
Rakyat Kelantan bakal menikmati kemudahan penerbangan jarak jauh apabila…
PM Anwar Tiba Di Kota Bharu, Rasmi Terminal Baharu LTSIP
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau selamat…
LTSIP Paling Moden Di Malaysia, Mampu Tampung 4 Juta Penumpang
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang baharu kini…
Jawatan Kosong Kelantan