Kos Logistik, Premium Insurans Sebabkan Kenaikan Harga Minyak – PM

Kenaikan harga minyak di Malaysia susulan konflik Asia Barat bukan berpunca daripada kekurangan bekalan semata-mata, sebaliknya turut didorong oleh premium risiko serta kos logistik yang meningkat mendadak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, walaupun laluan utama bekalan bahan api masih berfungsi dan penghantaran minyak ke negara ini tidak terhenti, kos sebenar meningkat ketara disebabkan faktor insurans dan pengangkutan.

“Kos minyak yang lama diambil sebelum perang tersangkut di (Selat) Hormuz dan sekarang beralih ke Pengerang, itu kosnya meningkat.

“Oleh kerana kos insurans itu sudah melepasi 100 peratus, kos pengangkutan sendiri, caj penghantaran juga bertambah.

“Maknanya minyak yang asalnya itu sepatutnya rendah (kosnya) untuk diproses di Pengerang, (kini) sudah meningkat kosnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan