Perodua perkenal EV pertama buatan Malaysia harga RM80,000

Dunia automotif negara melakar satu lagi sejarah apabila Perodua hari ini melancarkan QV-E, kereta elektrik (EV) pertama buatan Malaysia dengan harga runcit RM80,000 tidak termasuk insurans dan bateri.

Pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan kepimpinan Perodua dan Kementerian MITI.

Model yang membawa maksud Quest for Visionary-Electric ini dibangunkan khusus untuk mengukuhkan ekosistem EV tempatan, dengan kos pembangunan keseluruhan mencecah RM800 juta di fasiliti Smart Mobility Plant milik Perodua.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata kapasiti pengeluaran QV-E kini berada pada 500 unit sebulan, namun jumlah itu akan digandakan sehingga 3,000 unit menjelang suku ketiga 2026 berikutan jangkaan permintaan tinggi.

Katanya, setiap ciri QV-E direka selepas kajian teliti bagi memastikan fungsi, keselamatan dan keselesaan berada pada tahap terbaik dan ini menjadi bukti keupayaan Malaysia menghasilkan EV yang benar-benar “dari reka bentuk sampai kejuruteraan”.

Dari segi spesifikasi, QV-E hadir dengan bateri CATL Lithium Iron Phosphate 52.5 kWh, menawarkan jarak pemanduan sehingga 445 km (NEDC) atau 378 km (WLTP) bergantung kepada gaya pemanduan.

Model ini turut dilengkapi sistem keselamatan baharu termasuk Sistem Pengesanan & Amaran Kanak-kanak, yang mampu mengesan pergerakan atau tanda vital walaupun dilitupi fabrik.

Pandangan sisi Perodua QV-E

Pandangan sisi Perodua QV-E (Foto: Paultan)

Pandangan belakang Perodua QV-E

Pandangan belakang Perodua QV-E (Foto: Paultan)

Interior Perodua QV-E

Papan pemuka Perodua QV-E (Foto: Paultan)

Ruangan dalaman Perodua QV-E

Tempat duduk hadapan Perodua QV-E (Foto: Paultan)



Penggeraknya pula bukan calang-calang, motor elektrik 204 PS dan 285 Nm tork membolehkan QV-E memecut 0–100 km/h dalam 7.5 saat (Sport Mode) dengan kelajuan maksimum 165 km/h.

Untuk pengecasan, ia menyokong DC fast charging 20–80% dalam 30 minit, manakala pengecasan AC penuh mengambil masa sekitar lapan jam.

Dalam usaha mempercepat pengembangan EV tempatan di bawah NIMP 2030, Perodua juga bekerjasama dengan vendor Malaysia untuk mencapai kandungan komponen tempatan 50% menjelang 2026 dan meningkat kepada 70% pada 2030.

Setakat ini, 52 syarikat tempatan terlibat dalam pembekalan komponen QV-E, angka yang dijangka meningkat kepada 70 syarikat dalam lima tahun.

Bagi meningkatkan keterjangkauan, Perodua memperkenalkan skim pajakan bateri Battery as a Service, dengan kos RM275 sebulan selama 9 tahun termasuk jaminan bateri sepanjang hayat.



QV-E ditawarkan dalam dua warna iaitu Ice Blue dan Caviar Grey, dan boleh didapati di cawangan terpilih.

Sumber: Berita Harian, Paultan

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan