PDRM Kini Dilengkapi Kamera Badan, Kelantan Terima 328 Unit

Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya yang bertugas melakukan rondaan kini dilengkapi pemakaian kamera badan atau Body Worn Camera (BWC), apabila sebanyak 7,648 unit peranti itu sudah diagihkan ke semua kontinjen dan formasi polis di seluruh negara.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan fasa pengagihan BWC kepada anggota barisan hadapan yang bermula sejak Oktober 2024.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini semua 6,449 anggota JPJKK sudah dilengkapi peranti tersebut.

Ia membabitkan anggota daripada Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Polis Pelancong (UPP).

Beliau berkata, pengagihan dibuat secara berperingkat dan kini semua kontinjen polis negeri sudah memiliki kemudahan berkenaan.

Selangor Terima Paling Banyak, Kelantan Dapat 328 Unit

Menurut Mohd Yusri, Selangor menerima agihan tertinggi dengan jumlah 1,328 unit, diikuti Perak (968), Johor (952), Sarawak (736), Sabah (704), Pulau Pinang (472), Pahang (440), Kedah (400) dan Kuala Lumpur (360).

“Sebanyak 328 unit masing-masing diagihkan kepada Kontinjen Polis Negeri Sembilan dan Kelantan, diikuti Terengganu (288), Melaka (192), Perlis (120), serta Bukit Aman (32),” katanya.

PDRM Mohon Tambahan 10,000 Unit BWC Dalam RMK13

Mohd Yusri berkata, pihaknya berharap dapat menerima tambahan 10,000 unit BWC lagi menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Katanya, peranti baharu itu dijangka mempunyai spesifikasi lebih baik berbanding BWC sedia ada, termasuk jangka hayat bateri lebih panjang yang dikenal pasti sebagai antara kriteria utama dalam fasa perolehan seterusnya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Lebih 10 Tong Sampah PBT Dibakar, Kelantan Rugi Lebih RM100,000
|
Kerajaan Kelantan menanggung kerugian melebihi RM100,000 selepas lebih 10…
AZM Rovers FC Jelaskan Sebab Tidak Sertai Liga A1 Musim 2026/27
|
AZM Rovers FC menjelaskan keputusan untuk tidak menyertai saingan…
Kanak-Kanak 11 Tahun Maut, Motosikal Diseret 50 Meter Dalam Nahas Di Besut
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas motosikal…
Dua Penunggang Motosikal Maut Dalam Tempoh Sejam Di Kuala Krai
|
Dua penunggang motosikal maut dalam dua kemalangan berasingan yang…
RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!