Empat Pagar Kawat Berduri Di Pangkalan Haram Sungai Golok Dipotong Penyeludup

Empat pagar kawat berduri yang dipasang pihak berkuasa di beberapa pangkalan haram dekat tebing Sungai Golok disyaki telah dipotong oleh penyeludup bagi memudahkan mereka memasuki laluan berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata tindakan itu dikesan selepas pihaknya mendapati pangkalan haram terbabit dipercayai kembali aktif dengan kegiatan penyeludupan.

Beliau berkata, hasil lawatan yang dilakukan pada hari ini mendapati kawat berduri tersebut dipasang dalam keadaan seolah-olah tidak dipotong.

“Hasil lawatan yang dilakukan hari ini mendapati kawat berduri tersebut dipasang penyangkut supaya tidak kelihatan dipotong, walaupun sebenarnya ia boleh dilalui mereka (penyeludup) bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Mohd Yusoff berkata beliau akan mengarahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) ditempatkan secara statik di kawasan berisiko bagi membendung kegiatan itu.

Menurutnya, kawat berduri tersebut telah dipasang pihak berkuasa sebelum Ramadan.

“Penguatkuasaan oleh pihak PGA juga akan dijalankan lebih kerap dan ketat bagi mengekang sebarang cubaan rentas sempadan secara haram,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusoff berkata pihak berkuasa sempadan turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Keselamatan Negara bagi menyiapkan pemasangan kawat berduri di 12 pangkalan haram yang telah dirobohkan di Tumpat.

“Kita jangkakan pemasangan kawat berduri di keseluruhan kawasan itu pada pertengahan April ini,” katanya.


Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Saifuddin Dedah 5 Daerah Catat Penyalahgunaan Dadah Tertinggi Dalam Negara
|
Penyalahgunaan dadah sintetik kini menjadi ancaman terbesar negara apabila…
Kereta Dah Jumpa, Nor Afiza Masih Belum Ditemui Sejak 16 Jun
|
Seorang wanita berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak…
Stephen Chow Kembali Dengan “Kung Fu Soccer” Julai Ini
|
Pengarah dan pelakon terkenal Hong Kong, Stephen Chow dilaporkan…
Bangladesh Tolak Permintaan PBB Sedia Lebih Banyak Tanah Untuk Pelarian Rohingya
|
Bangladesh menolak permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyediakan…
KRW Sertai Piala FA Golok, 64 Pasukan Dari Malaysia Dan Thailand Bakal Berentap
|
Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) menerima jemputan menyertai kejohanan…
Majlis Daerah Ketereh Baiki Bacaan Surah Dan Solat Kakitangan
|
Majlis Daerah Ketereh - Perbandaran Islam (MDKPI) menganjurkan Program…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!