Persiapan Haji Suami Isteri Musnah, Rumah Terbakar Di Tumpat

Persiapan menunaikan ibadah haji sepasang suami isteri yang dijadual berangkat ke Tanah Suci hujung bulan ini musnah apabila rumah mereka terbakar dalam kejadian di Kampung Simpangan, Tumpat, petang semalam.

Lebih menyayat hati, si isteri turut mengalami kecederaan melecur teruk sehingga 80 peratus akibat kebakaran tersebut.

Menantu mangsa, Muhammad Faizal Aziz berkata, ketika kejadian dia tiada di rumah kerana menguruskan fotokopi dokumen haji milik ibu dan bapa mertuanya.

Menurutnya, dia terkejut selepas menerima panggilan rakannya yang memaklumkan berlaku kebakaran di rumah keluarga itu.

“Isteri saya juga pengsan selepas melihat api marak,” katanya.

Jubah, Kain Ihram Dan Dokumen Hangus

Muhammad Faizal berkata, keluarga mereka sangat sedih kerana semua persiapan haji termasuk jubah, kain ihram dan dokumen perjalanan hangus terbakar.

“Habis… tak ada,” katanya menggambarkan keadaan yang berlaku.

Dalam kejadian itu, ibu mertuanya, Saadah Muhammad disahkan melecur sehingga 80 peratus.

Manakala bapa mertuanya, Mazlan Daud hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan.

Selain itu, adik iparnya, Farisya turut melecur kira-kira 10 peratus di muka.

Dirawat Di Hospital, Mangsa Parah Dipindahkan Ke HRPZ II

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kelaburan untuk rawatan sebelum Saadah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu kerana keadaannya yang parah.

Pasangan itu sepatutnya menghadiri kursus haji di Kota Bharu hari ini sebagai persediaan sebelum berangkat menunaikan Rukun Islam kelima pada 24 April ini.

12 Anggota Bomba Digegaskan

Dalam pada itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubur serta Tumpat digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.

Api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian.


Sumber: Buletin TV3

SHARE

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!