Pemangku Raja Kelantan Angkat Sumpah Sebagai Pengerusi SPN Kelantan Baharu

Pemangku Raja Kelantan, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan mengangkat sumpah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan yang baharu.

Majlis istiadat tersebut berlangsung di Istana Kota Lama pada Isnin.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, dalam majlis berkenaan Yang Maha Mulia Tuanku berkenan mengangkat sumpah jawatan serta menandatangani dokumen angkat sumpah sebagai Pengerusi SPN Kelantan yang baharu.

“Istiadat mengangkat sumpah tersebut disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Yang Arif Dato’ Hasbullah Adam,” katanya menerusi media sosial, semalam.

Menurut beliau, pelantikan itu merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh peranan SPN sebagai institusi utama yang memastikan kelancaran urusan perkhidmatan awam di peringkat negeri.

Beliau turut menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan terus diperkasa dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan negeri.

“Semoga SPN Negeri Kelantan terus diperkasa dalam memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan negeri,” ujarnya.


Sumber: Info Rakyat Kelantan

SHARE

TERKINI

Program Tahfiz MAIK Berjaya Lahirkan Dua Huffaz Dalam Kalangan Banduan
|
Program pemulihan akhlak melalui pendidikan al-Quran anjuran Majlis Agama…
Menteri Besar Kedah Muncul Dalam Filem The Keris, Pegang Watak Panglima
|
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor…
Iran Lancar Serangan Dron Ke Atas Beberapa Kapal Milik AS
|
Ketegangan di perairan Teluk Oman kembali memuncak apabila Iran…
Anak Pertama Dari Kampung Pok Keral, Tumpat Dapat Sambung Belajar Ke Jerman
|
Seorang anak yatim dari Kampung Pok Keral, Tumpat mencipta…
Pemangku Raja Kelantan Zahir Penghargaan Kepada PM, Puji Kerjasama Negeri Dan Persekutuan
|
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra menzahirkan setinggi-tinggi…
PGA Dedah Penyeludup Masih Berani Isi Petrol Berulang Kali
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan masih terdapat kenderaan digunakan…
Jawatan Kosong Kelantan