RM28 Juta Untuk Naik Taraf Bazar Siti Aisyah, Projek Dijangka Siap Disember 2028

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM28 juta kepada agensi pelaksana Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi menaik taraf Bazar Siti Aisyah di Kota Bharu atau juga dikenali dengan nama lama Bazar Buluh Kubu.

Pengurus Kanan Pembangunan Usahawan dan Pelaburan Kumpulan PKINK, Ahmad Hilmi Mohd Nawawi, berkata pelaksanaan projek naik taraf itu mengambil masa 36 bulan dan dijangka siap pada Disember 2028.

“Objektif projek ialah menaik taraf bangunan dan infrastruktur sedia ada untuk menjadikannya lebih selesa kepada peniaga serta pengunjung, selain menggalakkan pemerkasaan usahawan Bumiputera, terutamanya batik dan kraf tangan,” katanya.

bazar buluh kubu

Gambaran 3D Bazar Siti Aisyah selepas naik taraf


Beliau berkata demikian ketika taklimat sempena Majlis Jelajah Media @ Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan, di sini hari ini.

Bazar Buluh Kubu Ikon Kraftangan Kelantan

Ahmad Hilmi berkata, bazar berusia 41 tahun itu yang turut dikenali sebagai Bazar Buluh Kubu sememangnya terkenal sebagai lokasi utama penjualan pelbagai barangan kraftangan dan produk tradisional Kelantan.

Antaranya termasuk kain tempatan seperti songket dan batik, hasil tangan tembaga, ukiran kayu serta juadah tradisional.

Skop Naik Taraf: Kedai Lebih Besar, Dewan & Parkir Ditambah

Menurutnya, antara skop pembangunan projek termasuk:

  • pembesaran unit kedai
  • cadangan ruang dewan
  • baik pulih infrastruktur elektrik
  • naik taraf sistem longkang
  • penambahbaikan tangki septik
  • penambahan ruang parkir

ICU JPM: Projek Bukan Sekadar Infrastruktur

Sementara itu, Pengarah ICU JPM, Dr Wan Nur Ibtisam Wan Ismail, berkata projek pembangunan yang dilaksanakan bukan hanya tertumpu kepada aspek infrastruktur, malah merangkumi peningkatan sosioekonomi masyarakat setempat.

“Antara fokus utama program ialah memperincikan strategi pelaksanaan projek sosioekonomi agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh masyarakat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan majlis itu membuka ruang kepada agensi Persekutuan dan negeri berkongsi pandangan serta memperkukuh kerjasama dengan pengamal media dalam menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Imam Besar Kelantan Dinobat Tokoh Pekerja Negara Sempena Hari Pekerja
|
Imam Besar Negeri Kelantan, Dr Muhammad Hana Pizi Abdullah…
Penemuan Mayat Wanita Tertiarap Dengan Kesan Tikaman Di Atas Jalan Di Ketereh
|
Penduduk sekitar Ketereh dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita…
10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Jawatan Kosong Kelantan