Kebakaran Tanah Gambut Bachok Berlarutan, Penduduk Di Bachok Buat Solat Istisqa

Penduduk daripada empat kampung di Bachok menunaikan solat sunat Istisqa’ bagi memohon hujan susulan kebakaran berterusan di kawasan tanah gambut sejak sebulan lalu.

Kebakaran itu dilaporkan memasuki fasa kedua sejak bermula pada 19 Februari lalu ketika awal musim kemarau, sekali gus menjejaskan kira-kira 121 hektar kawasan tanaman kelapa sawit dan getah melibatkan tiga blok iaitu Blok A (Kampung Kuau ke Telaga Ara), Blok B (Kampung Kuau) dan Blok C (Kampung Lubuk Tembusu).

Solat sunat itu diketuai Imam Masjid Iktikaf Sunanol Huda, Kampung Titian Sebatang Kuin, Gunong, Ustaz Mohd Zaidi Zainuddin dan disertai lebih 30 penduduk yang mewakili Kampung Gelung Badak, Sri Kemunting (Beoh), Kuau Besar dan Sri Gondang, pada jam 10 pagi tadi.

Asap Ganggu Kehidupan, Lebih 500 Penduduk Terjejas

Timbalan Pengerusi Pekebun Kecil Sawit dan Getah Tanah Gambut Kampung Kuau, Wan Aziz Wan Nawan, berkata selain kawasan tanaman terbakar dan berasap, kebakaran itu turut menjejaskan kehidupan seharian serta memberi kesan kesihatan kepada lebih 500 penduduk dari 10 kampung sekitar.

Antara kampung terjejas termasuk Kuau Besar, Gelung Badak, Gong Wayang, Sri Kemunting (Beoh), Sri Gondang, Telaga Ara, Gong Kuini, Hujung Lidah, Haji Saman dan Beris Lalang.

“Hari ini kami laksanakan solat sunat minta hujan kerana kebakaran masih berlaku, ada penduduk kampung mengalami asma (lelah).

“Kami berharap hujan dapat membantu memulihkan tanah gambut yang terbakar dan mengambil masa lama untuk dipadamkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran tanah gambut di Kampung Kuau Besar.

Penduduk Terpaksa Padam Api Sendiri Guna Pam Racun

Sementara itu, seorang penduduk, Samihah Ismail, 52, berkata dia dan keluarganya mengambil masa dua hari untuk memadam kebakaran di ladang kelapa sawit miliknya yang turut terkena api akibat kebakaran tanah gambut.

Katanya, mereka terpaksa mengambil inisiatif sendiri apabila api merebak ke kawasan tanaman lebih satu hektar dengan menyembur menggunakan pam racun.

Penduduk lain, Zuhaidi Omar, 55, mendakwa asap berterusan menyebabkan ada ahli keluarganya mengalami sesak nafas selain gatal kulit.

Katanya, keadaan itu lebih menyedihkan apabila berlaku ketika musim perayaan apabila ramai ahli keluarga dari luar Kelantan pulang beraya.

Lima Hektar Masih Terbakar, PBS Berkawal 24 Jam

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Pertubuhan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Kuau, Asri Mat Deris, berkata kira-kira lima hektar daripada jumlah 12 hektar tanah gambut masih terbakar.

Menurutnya, semua lokasi masih berasap dan pasukan sukarela kini berjaga-jaga kerana bimbang cuaca panas mencetuskan semula api di kawasan yang sudah dipadamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“PBS masih berada di lokasi kebakaran 24 jam dan kami harapkan bantuan enjin pam air berkuasa tinggi serta berkapasiti lebih besar untuk membantu memadam kebakaran lebih mudah,” katanya.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan