Bot Ronda Polis Marin Terbabas Ketika Kejar Suspek Seludup Di Tumpat

Sebuah bot Pasukan Polis Marin (PPM) Kubor terbabas dan terkandas di tebing sungai di Kampung Teluk Renjuna ketika mengejar bot disyaki membawa penyeludup migran, pagi semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi di Sungai Kelantan dalam operasi Op Taring Landai/Op Khas Aidilfitri Fasa 1/2026.

Komander PPM Wilayah Tiga, Mohd Khairuddin Jamal@Zainan berkata, bot suspek bertindak agresif sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Menurutnya, suspek memecut bot dan menyuluh lampu ‘spotlight’ yang sangat terang ke arah jurumudi bot PPM.

“Tindakan itu mengganggu fokus penglihatan hingga menyebabkan bot PPM terbabas dan terkandas di tebing sungai,” katanya.

Susulan kejadian, pasukan bantuan segera dihantar ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, semua empat anggota yang berada dalam bot tersebut dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Pihak polis kini sedang giat mengesan sindiket penyeludupan migran yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Markas PPM Wilayah Tiga.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan