Arab Saudi Tidak Tolak Ambil Tindakan Ketenteraan Terhadap Iran

Arab Saudi tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ketenteraan sebagai tindak balas terhadap serangan misil dan dron berulang dari Iran.

Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan berkata negaranya berhak mempertahankan diri jika ancaman berterusan.

Menurut beliau, Iran dilihat cuba memberi tekanan kepada negara jirannya melalui serangan berulang.

“Kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan… kami mengekalkan hak untuk mengambil tindakan ketenteraan jika perlu,” katanya selepas mesyuarat di Riyadh.

Dalam perkembangan sama, beberapa letupan kuat dilaporkan berlaku di ibu kota, Riyadh pada Rabu.

Kementerian Pertahanan Arab Saudi memaklumkan sistem pertahanan berjaya memintas misil balistik yang dilancarkan.

Kenyataan itu dibuat ketika Arab Saudi menjadi tuan rumah mesyuarat menteri luar dari lebih sedozen negara Arab dan Islam bagi membincangkan kesan konflik Asia Barat.

Satu kenyataan bersama turut mengecam serangan yang menyasarkan kawasan awam termasuk infrastruktur minyak, lapangan terbang, loji penyahgaraman dan kawasan kediaman.

Para menteri luar menegaskan bahawa serangan terhadap orang awam tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Mereka turut menekankan hak setiap negara untuk mempertahankan diri daripada ancaman luar.

Kenyataan tegas Arab Saudi ini menandakan ketegangan di Asia Barat semakin meningkat, dengan risiko konflik lebih besar jika serangan berterusan.


Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!