[VIDEO] Masih Tiada Lampu Jalan Selepas Gua Musang, Alana Harap PM Beri Perhatian

Pempengaruh media sosial, Alana Dunsmore menarik perhatian ramai apabila berkongsi video memaparkan keadaan jalan raya yang gelap ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Dalam video tersebut, Alana menulis “POV balik Kelantan 2026 dan still tiada lampu jalan selepas Gua Musang”, sambil berharap isu itu dapat diberi perhatian demi keselamatan pengguna jalan raya.

Menerusi kapsyen, Alana turut 'menandakan'tag' Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan permintaan agar lampu jalan dapat dipasang di laluan utama tersebut.

“Pretty please can we get lampu on the main road after Gua Musang? Need to be as safe as possible for ore Kelate kelik kampung,” tulisnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dan menyatakan keyakinan bahawa usaha sedang dilakukan untuk penambahbaikan.

Alana dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung suaminya di Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet yang turut berkongsi pengalaman melalui laluan sama, khususnya pada waktu malam.

Untuk makluman, Alana Dunsmore merupakan pempengaruh dan YouTuber berasal dari Scotland yang kini menetap di Malaysia.

Beliau mula dikenali melalui kandungan yang memaparkan kecintaannya terhadap budaya dan makanan tempatan, selain fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Antara fakta menarik mengenai beliau:

  • Datang ke Malaysia pada 2019 sebagai pelajar pertukaran universiti sebelum memilih untuk menetap di sini
  • Memeluk Islam pada akhir 2023 selepas mendalami agama tersebut
  • Mendirikan rumah tangga bersama lelaki asal Kelantan, Abbas Mahmood pada Januari 2024

Perkongsian itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai aspek keselamatan jalan raya, khususnya di laluan utama yang sering digunakan perantau untuk pulang ke kampung.

@alanadunsmore

@Anwar Ibrahim pretty please can we get lampu on the main road after Gua Musang? Need to be as safe as possible for ore Kelate kelik kampung 🥺🤲🏻 Terima kasih, I’m sure you’re working very hard for that 🥹🇲🇾💪🏼 #Malaysia #Kelantan #GuaMusang

♬ original sound - Alana Dunsmore - Alana Dunsmore

SHARE:

TERKINI

Polis Kelantan Berjaya Selesaikan Kes Pelajar Ditikam Kurang Dari 24 Jam
|
Kes pembunuhan tragis membabitkan seorang pelajar kolej wanita berusia…
“Hedonisme Melampau Bukan Budaya Malaysia” – Exco Kelantan Kritik Pesta Air Bukit Bintang
|
Isu penganjuran Pesta Air Bukit Bintang yang didakwa mencetuskan…
Cemburu Dipercayai Punca Pelajar Kolej Ditikam 61 Kali Di Ketereh, Polis Sifatkan Kes Selesai
|
Motif cemburu dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang pelajar kolej…
Belalang Kerek Bukan Sekadar Hobi, Main Peranan Dalam Ekosistem
|
Fenomena memelihara dan mempertandingkan serangga eksotik dikenali sebagai “belalang…
Gadis Ditikam 61 Kali Keluar Makan Dengan 2 Suspek, Muat Naik Status WhatsApp Jam 11 Malam
|
Kes pembunuhan penuntut kolej wanita yang ditemukan mati dengan…
“Baru Sabtu Lepas Kami Hantar Dia…” Abang Mangsa 61 Tikaman Luah Sebak
|
“Baru Sabtu minggu lalu kami hantar adik menyambung semester…
Jawatan Kosong Kelantan