Remaja 17 Tahun Maut Dirempuh 4×4 Di Tanah Merah, Pemandu Menghilangkan Diri

Seorang remaja lelaki maut, manakala rakannya parah selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian awal pagi tadi.

Insiden berlaku di Jalan Ismail Petra di Tanah Merah kira-kira jam 1.45 pagi, mengorbankan Muhammad Fahmi Yusri, 17, akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Pemandu Potong Bahaya, Masuk Laluan Bertentangan

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger cuba memotong kenderaan lain.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berhadapan dengan motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki dua remaja berkenaan.

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda yang memotong secara berbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan,” katanya.


Mangsa Maut Di Lokasi, Rakan Parah

Muhammad Fahmi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Rakannya, Muhammad Hafiz Osnie, 17, yang membonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan di tangan, kaki kanan, pinggang serta muka dan kini sedang menerima rawatan.


Pemandu Lari, Polis Buru Suspek

Menurut Mohd Haki, pemandu pacuan empat roda berkenaan masih belum dikenal pasti dan dipercayai melarikan diri selepas kemalangan.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan