Kematian Doktor Pelatih Di Kuala Krai, Isu Tekanan Kerja Dan Buli Dibangkitkan

Kematian Doktor Pelatih Di HSIP Perlu Disiasat Telus, Isu Tekanan Kerja Dan Buli Dibangkitkan

Kematian seorang doktor pelatih di asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai pada Jumaat lalu perlu disiasat secara telus termasuk kemungkinan wujud tekanan di tempat kerja dan budaya buli dalam kalangan petugas kesihatan.

Ahli Dewan Negara, Dr Wan Martina Wan Yusoff berkata, tragedi yang meragut nyawa bakat muda dalam bidang perubatan itu merupakan satu kehilangan besar kepada negara khususnya rakyat Kelantan.

Menurutnya, walaupun laporan awal polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut (SDR) dan tidak menemui unsur jenayah, siasatan lebih menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor penyumbang yang mungkin membawa kepada kejadian berkenaan.

“Beban kerja yang tidak munasabah dan waktu bekerja yang terlalu panjang sering menjadi punca keletihan mental dan fizikal dalam kalangan doktor pelatih.

“Justeru, sistem penggiliran tugas di hospital tersebut perlu dipantau dengan sebaiknya bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Isu Budaya Buli Tidak Boleh Dipandang Ringan

Dr Wan Martina berkata, selain tekanan kerja, kemungkinan berlakunya budaya buli di tempat kerja juga tidak boleh dipandang ringan kerana ia sering menjadi ‘barah senyap’ dalam sistem latihan perubatan.

Menurutnya, jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan perlu meneliti rekod kerja mangsa serta mendapatkan maklum balas daripada rakan sejawat bagi memastikan tiada unsur intimidasi atau gangguan mental berlaku.

Polis Rakam Keterangan Lebih 10 Individu

Sementara itu, polis memaklumkan lebih 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, keterangan yang diambil sejak hari kejadian melibatkan rakan mangsa, pensyarah serta ahli keluarga.

“Keterangan yang diambil membabitkan rakan mangsa, pensyarah dan keluarga. Kita akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Hasil keterangan yang diambil, macam-macam yang diperoleh termasuk akibat tekanan, namun siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ibu tunggal oleh Persatuan Kebajikan An’anisa Rahmah Kelantan di sini.

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes kematian doktor pelatih wanita tersebut.

Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Azman Yacob dilaporkan berkata jawatankuasa berkenaan akan meneliti punca kejadian termasuk kemungkinan tekanan di tempat kerja serta faktor penyumbang lain.


Pada Jumaat lalu, mangsa berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di bilik asrama hospital tersebut kira-kira jam 9.55 pagi.

Sumber: Kosmo, Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!